|
PROMOSI AWAL TAHUN - K'NiAGA |
|
|
|
|
Written by Nor Sodiqah
|
|


|
|
Terakhir Kemaskini Pada Isnin, 16 January 2012 11:40 |
|
Written by Nor Sodiqah
|
|
PENGUMUMAN!!!!!
ANGGOTA KOGURU BOLEH MENGAMBIL BUKU PLANNER MASING-MASING MULAI JANUARI 2012

|
|
Terakhir Kemaskini Pada Khamis, 05 January 2012 13:47 |
|
Perlantikan ALK dan JAD baru Koperasi |
|
|
|
|
Written by Nor Sodiqah
|
|

Mesyuarat bulanan lembaga KoGuru telah memutuskan bersetuju untuk melantik Encik Mohd Hatta bin Che Man(4765) sebagai Anggota Lembaga Koperasi bagi mengisi tempat Allahyarham Aziz bin Ibrahim berdasarkan UUK Koperasi yang memberi kuasa kepada Anggota Lembaga untuk membuat pilihan dan memutuskannya.
Sehubungan itu, Anggota Lembaga juga memutuskan untuk melantik En. Nordin bin Ambak(2531) sebagai Jawatankuasa Audit (JAD) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh En. Hatta bin Che Man.
Perlantikan sebagai ALK berkuatkuasa mulai 01 Januari 2012 sehingga Mesyuarat Agung Perwakilan 2012. Sekalung ucapan tahniah daripada pihak KoGuru diatas perlantikan tersebut. Semoga dengan perlantikan tersebut, kedua-duanya dapat memberi khidmat sumbangan untuk terus memacu Koperasi menjadi lebih maju.
Lafaz ikrar sebagai ALK dan JAD
 
SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DIUCAPKAN. |
|
Terakhir Kemaskini Pada Khamis, 12 January 2012 09:32 |
|
Kunjungan dari Koperasi Kospeta Malaysia Berhad |
|
|
|
|
Written by Nor Sodiqah
|
|
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu (KoGuru) telah menerima kunjungan dari Koperasi Kospeta Malaysia Berhad pada hari Khamis, 22 Disember 2011. Seramai 18 orang peserta dari pihak KOSPETA terdiri daripada Anggota Lembaga dan Pegawai-pegawai menyertai lawatan ini. Pihak KoGuru merakamkan jutaan penghargaan kepada pihak KOSPETA kerana sudi meluangkan masa mengadakan kunjungan ini. Semoga kunjungan ini dapat membina ikatan ukhwah yang lebih baik antara pihak KoGuru dan KOSPETA seterusnya bersama-sama memantapkan lagi Koperasi.

Klik Untuk Gambar Selebihnya
|
|
Terakhir Kemaskini Pada Khamis, 05 January 2012 13:48 |
|
Majlis Hi-Tea Bersama Pengurusan Koguru |
|
|
|
|
Written by Nor Sodiqah
|
|

Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (KoGuru) telah mengadakan Majlis Hi-Tea Bersama Pengurusan koguru. Program ini diadakan pada 24 Disember 2011(Sabtu) bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.
Program ini disertai bersama Pengetua Sekolah Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama dari pihak Amanah Raya disertai tentatif pengisian Produk Amanah Raya.
Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk membantu sebahagian sekolah yang beminat menjalankan Kursus Dalam Perkhidmatan kepada kakitangan(termasuk yang bukan anggota KoGuru) didalam tanggungjawab sosial koGuru dalam usaha memantapkan pengetahuan warga sekolah Negeri Terengganu.
Klik Untuk Gambar Selebihnya |
|
Terakhir Kemaskini Pada Rabu, 04 January 2012 16:17 |
|
Kursus Wajib Pengurusan & Pentadbiran Koperasi |
|
|
|
|
Written by Nor Sodiqah
|
|
Sejak kebelakangan ini, koperasi telah menerima ramai anggota baru. Oleh itu, Ahli Lembaga (ALK), Jawatankuasa Audit (JAD) dan kakitangan perlu mempunyai pengetahuan berkenaan tatacara berkoperasi dengan baik disamping mempunyai matlamat yang jelas serta motivasi yang tinggi. Pihak koperasi memerlukan anggota yang mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap peraturan-peraturan dan undang-undang koperasi.
Justeru itu, pihak Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad(KOGURU) telah mengadakan Kursus wajib Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi yang dianjurkan oleh ANGKASA. Kursus ini telah diadakan pada 1 hingga 3 Disember 2011 bertempat di Hotel Seaview, Langkawi.
Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada peserta tentang perundangan koperasi.Selain itu, program ini diharapkan dapat member kesedaran kepada peserta memahami secara mendalam akta-akta serta hak mereka dalam berkoperasi kearah pembangunan diri secara positif. Di samping itu, program ini dijangka dapat melahirkan anggota koperasi yang berwawasan, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran dalam era globalisasi kini.
Kursus ini telah dihadiri oleh 50 peserta terdiri daripada ALK, JAD, kakitangan dan anggota koperasi. Program ini dikendalikan oleh 2 orang penceramah yang terdiri daripada :
1) Norhaizan bin Mohd Yunos
2) Hasbullah bin Hamdin
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penceramah dan pihak penganjur (ANGKASA) yang telah banyak memberi info sepanjang kursus ini berlangsung.
Klik Untuk Gambar |
|
Terakhir Kemaskini Pada Khamis, 05 January 2012 14:00 |
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 8 |